Wednesday, October 26, 2011

Cahaya Mukmin:Sifat malu


SIFAT malu adalah salah satu sifat yang patut ada dalam diri setiap remaja Islam. Bagaimanapun, sifat malu ini mestilah bertempat kerana ada peribahasa Melayu mengatakan, “malu biarlah bertempat.”
Kita tidak mahu remaja terhalang mengejar kemajuan oleh sebab sifat malu yang terlalu tebal. Bagaimanapun, pada masa kini keseluruhannya remaja kita sudah tidak mempunyai sifat malu.
Sifat malu dapat diistilahkan sebagai berasa aib (hina, rendah) kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan, berasa tidak senang melakukan perkara dilarang Allah (SWT).
Manusia diciptakan Allah (SWT) dengan sempurna, salah satu sifat yang patut ada dalam diri seseorang insan adalah malu terutama sekali berasa malu kepada Allah (SWT) jika melakukan perbuatan terlarang.
Jika manusia mengetahui Allah (SWT) memberikan pelbagai macam kenikmatan kepada manusia seperti kenikmatan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa dan nikmat paling besar berupa iman kepada Allah (SWT).
Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia beriman.
Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu alamat kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.
Bagi remaja, malu adalah kunci mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti luhur.
Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ia menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.
Tetapi sebaliknya, bagi orang yang sudah tidak memiliki rasa malu, dia berasa seronok apabila melakukan perbuatan tidak patut dilakukan sekalipun ramai orang mengetahuinya, bahkan sehingga melanggar kesopanan dan larangan agama.
Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)
Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)
Tokoh Islam, Sulaiman Darani pernah berkata, “seseorang yang berbuat sesuatu perbuatan kerana didorong empat sebab; rasa takut, mengharap pahala, mengagungkan Allah (SWT) dan rasa malu. Semulia-mulia mereka ialah orang yang berbuat kerana malu.”
Sikap ini bersumber kepada keyakinan bahawa Allah (SWT) selalu melihat kepadanya pada setiap waktu dan keadaan, rasa malunya berbuat kebajikan lebih besar daripada malunya dalam berbuat kemaksiatan. Manusia yang bersifat seperti ini akan mendapat balasan daripada Allah (SWT).
Kita pernah mendengar peribahasa Melayu menyatakan, “Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.” Sifat malu seperti ini tidaklah kita kehendaki dalam masyarakat kerana disebabkan terlalu pemalu sehingga menyusahkan diri sendiri.

Saturday, October 15, 2011

Kelebihan Orang Berilmu

Saidina Ali karamullahu wajhah telah menjelaskan 10 kelebihan orang yang berilmu

Pewaris para Nabi
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, " Orang-orang yang berilmu adalah pewaris para nabi" hadis riwayat Imam muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW, " sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan menganugerahkannya jalan ke syurga"


Pengawal yang setia
Saidina Ali berkata, "kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita"

Banyak kawan
Kata Ali," para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org yang berilmu mempunyai ramai kawan"

Dimuliakan orang
Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, "ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja."

Ilmu tidak boleh dicuri
ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan muslim, " bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu."

Nabi Muhammad

Khat membentuk nama Muhammad
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arabنبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di MakkahArab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul danNabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107



"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada NabiIbrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

  • Al-Harith bin Abdul Muthalib
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib
  • Zubair bin Abdul Muthalib
  • Hamzah bin Abdul Muthalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
  • Hijl bin Abdul Muthalib
  • Dzirar bin Abdul Muthalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
  • Safiyah binti Abdul Muthalib
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib
  • Arwa binti Abdul Muthalib
  • Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan

Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua HiraMalaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Friday, October 14, 2011

Nabi Salleh & Kaum Tsamud


paradigma mukmin



Sesudah kaum ‘Ad dibinasakan oleh Allah dengan angin taufan yang sangat kencang, sehingga mengakibatkan manusia yang ingkar bergelimpangan, rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang menjulang tinggi runtuh menjadi berserakan, haiwan-haiwan ternakan diterbangkan angin taufan yang dahsyat itu. Akhirnya negeri itu kosong dan tandus.
Diriwayatkan bahawa negeri itu kosong dari penduduknya, kerana Hud dan pengikutnya yang beriman telah pindah ke Makkah. Akhirnya Allah mengutus bangsa lain untuk menghuni negeri yang rosak itu. Bangsa itu yang dalam Al-Quran disebut bangsa atau kaum Tsamud. Merekalah yang berkuasa di atas bumi yang sebelum ini dikuasai oleh bangsa ‘Ad dahulu.
paradigma mukmin
Negeri itu dibinanya semula, sehingga menjadi negeri yang makmur, lebih makmur lagi bila dibandingkan dengan zaman kaum ‘Ad yang sudah musnah itu. Di dalamnya penuh dengan kebun-kebun, tanam-tanaman yang indah, dengan hasil bumi yang berlipat ganda. Pendeknya, kehidupan mereka senang dan bahagia, tidak kekurangan segala keperluan sehari-hari.
Al-Quran tidak menentukan tempat tinggal kaum Tsamud, tetapi menerusi firman Allah ini jelas menunjukkan:

“Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah”. 
(Fatir: 9)
Jadi tempat tinggal mereka adalah di daerah pegunungan batu. Yang dimaksud lembah oleh ayat ini ialah lembah Al-Qura. Di lembah inilah mereka tinggal. Kebanyakan riwayat menyebutkan bahawa desa Al-Hajr sebagai perkampungan kaum Tsamud. Mereka menyebutkan bahawa di sana ada sebuah sumur yang dinamakan sumur Tsamud. Rasulullah SAW pernah mendatangi sumur itu pada waktu perang Tabuk, dan melarang sahabat-sahabatnya meminum air dan memasuki rumah-rumah di kampung itu.
Kehidupan kaum Tsamud ini seperti kehidupan kaum ‘Ad dahulu. Mereka membuat kerosakan dan kesombongan, menunjuk-nunjukkan harta kekayaan yang mereka miliki. Mereka mengira bahawa harta kekayaan yang selama ini mereka pegang dan rasakan adalah untuk selama-lamanya, kesenangan dan kebahagiaan hidup mereka akan tetap selamanya. Lalu mereka berbuat sekehendaknya, mengikuti hawa nafsunya yang angkara murka, bahkan hingga batu-batu yang tidak berharga mereka gunakan sebagai pemujaan dan penyembahan mereka.
paradigma mukmin
Allah mengutus Nabi bernama Salleh kepada Kaum Tsamud untuk menyeru mereka beribadah kepada Allah dan meninggalkan penyembahan patung-patung (berhala-berhala).
Seruan Nabi Salleh kepada mereka: “Hai kaumku, beribadahlah hanya kepada Allah semata. Jangan menyekutukannya dengan sesuatupun. Dia yang menciptakan kamu dari tanah, Dialah yang menjadikan kamu dapat membangun dengan menyediakan alat-alat pembangunan.
Maka wajarlah kalian harus memohon ampun kepada-Nya atas perbuatan dosa yang telah kalian lakukan, mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa, mengampuni dosa orang yang bertaubat, jika ia benar-benar beriman dan ikhlas dalam berdoa.”
Kaum Tsamud mendustakan Nabi yang diutus Allah, menolak seruannya untuk beribadah kepada Allah, bertakwa dan meng-Esakan-Nya. Padahal ia Rasul yang dapat dipercaya dan tidak mengharapkan upah dalam menyampaikan ajarannya.
Kebiasaan kabilah Tsamud bergelumang dalam kemewahan material antara lain dalam masalah makanan, minuman dan tempat tinggal dengan bangunan-bangunan yang menjulang kukuh. Sehingga mereka ingkar terhadap Nabinya yang bernama Salleh. Nabi Salleh berkata menasihati mereka: “Apakah kalian mengira Allah akan membiarkan kalian bersenang-senang dengan kenikmatan itu. Apakah kalian mengira dapat melindungi diri kalian dari azab Allah, sehingga kalian berfoya-foya sekehendak hati dengan kebun-kebun, mata air, pertanian dengan buah kurmanya yang manis dan masak.
Kalian pahat bahagian-bahagian gunung untuk dijadikan tempat tinggal dan rumah-rumah yang nyaman menyenangkan. Kemudian kalian tidak mahu mensyukuri nikmat Allah yang banyak ini. Bertakwalah kepada Allah, taatilah nasihat-nasihatku. Aku menyeru kalian ke jalan Allah, janganlah kamu turutkan perbuatan-perbuatan orang yang melampaui batas. Mereka melampui batas (mempengaruhi kalian) dalam kekufuran dan kemaksiatan. Mereka membabi-buta membuat kemaksiatan di dunia, dan tidak mengetahui jalan yang benar.”
paradigma mukmin
Seterusnya Nabi Salleh berkata kepada mereka: “Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu bina istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu melampaui batas di muka bumi membuat kerosakan”.
Kaum Tsamud tidak mahu percaya terhadap nasihat-nasihat Nabi Salleh. Bahkan sebaliknya, mereka menuduh bahawa Salleh terkena sihir yang mengganggu fikirannya. Sehingga dengan pengaruh sihir itu, ia mengaku sebagai utusan Allah.
Pada suatu hari mereka (kaum Tsamud) datang menemui Nabi Salleh untuk minta bukti-bukti kebenaran atas kenabian Salleh. Mereka berkata, “Kalau engkau boleh mendatangkan bukti mukjizat (perkara-perkara luar biasa), maka engkau benar-benar seorang nabi, kalau tidak bererti engkau seorang pembohong.”
Mendengar kata-kata dan pendirian mereka yang sedemikian itu, tidak ada yang dapat diperbuat oleh Nabi Salleh kepada mereka kecuali hanya berdoa kepada Allah: “Ya Allah, Ya Tuhanku, kaumku telah mendustakan aku, dan hanya sebahagian sahaja dari mereka yang beriman kepadaku, dan kali ini mereka minta mukjizat atas kenabianku. Untuk mengatasi hal yang sedemikian itu sudilah kiranya Engkau memberikan mukjizat yang dikehendaki mereka itu. Mudah-mudahan dengan mukjizat itu mereka beriman kepada seruan yang kusampaikan kepada mereka.”
Allah mengabulkan permintaan Nabi Salleh, lalu Allah berfirman kepadanya: “Pergilah engkau hai Salleh untuk mendapatkan kaummu, dan katakanlah kepada mereka agar berkumpul di luar bandar di kaki gunung yang nampak itu, untuk dapat melihat mukjizat yang mereka kehendaki itu. Dari gunung itu nanti akan muncul seekor unta betina yang luar biasa cantiknya, besar dan gemuk, tak pernah mereka lihat sebelum ini. Tetek unta itu selalu penuh dengan air susu, walaupun setiap detik dan setiap jam air susu itu diperah.
Setiap orang dibolehkan untuk mengambil air susunya, dengan syarat bahawa unta itu harus dibiarkan dengan sebebas-bebasnya, tidak boleh diganggu oleh sesiapa pun. Dan juga unta itu harus dibiarkan meminum air yang ada dalam perigi itu bergantian dengan penduduk. Ertinya hari ini perigi itu digunakan untuk meminumkan unta itu, dan hari berikutnya digunakan untuk penduduk. Dan begitulah seterusnya. Dan sewaktu giliran unta, Nabi Salleh tak seorang pun dari penduduk itu yang dibolehkan mengambil air perigi itu. Begitu pula pada hari giliran penduduk, unta itu tidak akan meminum sedikit pun.”
paradigma mukmin
Setelah wahyu itu disampaikan oleh Nabi Salleh kepada kaumnya, maka mereka berkumpul menunggu-nunggu unta yang dimaksudkan itu. Tidak lama kemudian dari gunung itu muncullah seekor unta yang cantik, gemuk dan teteknya penuh dengan air susu, sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi Salleh kepada mereka.
Unta itu terus menuju ke perigi dan meminum semua air yang ada dalam perigi. Melihat unta yang gemuk itu, semua penduduk menyediakan baldi dan bekas untuk tempat susu, lalu mengambil air susu dari unta itu.
Demikianlah setiap hari unta itu mengeluarkan air susu, dan tidak henti-hentinya penduduk disitu memerahnya. Dan pada suatu hari, mereka tidak mendapatkan air sama sekali dalam perigi itu, maka sebagai gantinya mereka memeras susu unta itu.
Begitulah dari hari ke sehari, dari minggu ke minggu, orang yang beriman bertambah kuat imannya, sedangkan orang-orang yang ingkar bukan menjadi beriman padahal bukti-bukti dan mukjizat yang mereka minta dahulu telah mereka saksikan, bahkan mereka bertambah dengki kepada Nabi Salleh dan orang-orang yang beriman.