Wednesday, October 24, 2018

Final Year Project 1

     Assalamualaikum!!! Alhamdulillah!!! Akhirnya aku telah selesai untuk presentation FYP 1 semester 6. Jadi dengan berakhirnya presentation ni, rasa lega la sikit beban kt kepala ni.
     Tapi, selesai FYP 1 tak bermakna aku dah dapat bersenang-senang joli sana sini, aku kne siapkan report proposal untuk semester ni, supaya aku dapat fokus untuk FYP 2 pula untuk semester yang akan datang.
     Harapan aku untuk FYP 2 yang akan datang ni, aku harap dapat siapkan projek tu awal-awal. Jadi, tak laa rasa nervous bila nak present nanti, maklumlah aku ni jenis darah gemuruh, sikit-sikit nervous...bukan masa present je nervous, masa main chess pon boleh nervous, senang citer kalu ada aircond atau tempat sejuk konfom terketar-ketar kaku. 
     Namun engineering student ni biasanya sembang je lebih hehehe, cakap nak buat awal, tapi last minute juga baru buat. Tapi kita tengok laa sejauh mana semangat dan komitmen aku untuk siapkan projek semester depan. Nak tak nak, aku harus laluinya sebab aku tak boleh graduate tanpa kredit yang cukup. InShaaAllah boleh 🙂🙂

              

Saturday, July 23, 2016

Gatal nak Menulis...tulis je apa apa

     Assalamualaikum😊!!! Setelah sekian lama tak update blog, hari ni hari Sabtu tahun 2016 bulan Julai...."aku rasa gatal nak menulis" 😂😂😂. Mcm ni lah kehidupan orang single, selalu jer rasa "lonely"...biasanya kalo rasa "lonely" aku dengar muzik atau menyanyi kt "Smule" ataupun main "Dota" ataupun aku mesej bff aku jer. Tapi hari ni aku rasa rajin nak menulis blog; haishh mcm2 ragam laa aku ni hahahaha 😂.

     Sebenarnya aku dah ada karier aku sendiri, dah bekerja dah instead of sambung study. Kerja atas sbb2 tertentu, tapi still rasa seronok. Bila dah kerja ni aku rasa lega sbb dapat laa sedikit sebanyak membantu Umi dan Ayah kat kampung memandangkan mereka dah tua, tak larat nak kerja lagi. Dgn cara ini aku rasa puas hati sbb ada function aku sebagai anak mereka 😌, walaupun kadar payback yg aku bari tak sebanyak yg mereka berikan pada aku.

     Selain itu, aku kerja ni bukan sekadar utk menikmati gaji semata-mata, tapi utk mencari pengalaman, maklumlah pada zaman sekarang ni semua jenis pekerjaan memerlukan manusia yg ada pengalaman. Memandangkan sijil yg aku ada ni memang sesuai utk buat cari makan, maka manfaatkanlah dulu peluang yg ada ni. Kalo aku rasa nak sambung study nanti aku sambung je laa, pakai duit sendiri, tak nak hutang2.
    
     Walaupun begitu, aku tak plan nak kerja dgn orang selamanya. Aku nak buat bisnes sendiri kerja sendiri "In Shaa Allah". Sebab apa? sbb senang aku nak ambil cuti raya lama2. Kalo kerja dgn orang ni mmg tiada kenikmatan laa berhari raya kan. Kalo bab2 kahwin pulak, aku nak cari yg satu negeri dgn aku je, sbb senang nak balik raya jugak laa, tak payah separate jauh dgn ibu bapa sngt dan tak payah hadap traffic jammed berkali-kali, cukuplah hanya sekali sebulan...hahaha semuanya berkait rapat dgn hari raya. Sebab apa? Sebab tahun ni aku raya tak puas 😂😂😂.

     Sebenarnya banyak lagi nak tulis, tapi dah masuk Isyak, jadi aku stop sampai sini je laa..malam ni malam minggu, akan ku isi malam ini dengan sebaik-baiknya hehehe. Bye bye