Tuesday, March 20, 2012

PaNtUn TeKa-TeKi

 Siapa terer silalah jawab....


1)Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?


2)Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.


3)Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?


4)Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?


5)Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.


6)Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?


7)Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?


8)Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?


9)Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.


10)Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.


11)Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?


12)Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.


sape2 yg nk jawab sila tulis no.soalanberserta jawapan kt dlm comment box kt bawh...

Friday, March 9, 2012

Legend Of The Condor Heroes 2008

Fuhh!!! baru abis khatam 50 episode citer 
Legend Of The Condor Heroes 2008...
Citer nie pasal pertarungan dan percintaan..
Watak utamanya Guo Jing & Huang Rong....
ape2 pun, citer nie memang best giler lah,
kalau nk tengok boleh tngok kt Youtube..




DETAILS:
Title: 射雕英雄传 / She Diao Ying Xiong Zhuan
English title: The Eagle Shooting Heroes
Also known as: Legend of the Condor Heroes
Genre: Wuxia
Episodes: 50
Broadcast network: KMTV-1
Broadcast period: 2008-Jul-18 start
Air time: 19:55
Opening theme song: Ying Xiong Mo by Ronald Cheng
Ending theme song: Wu Yun Ran by Hu Ge
Insert songs:
Wo Zhi Neng Ai Ni by Peng Qing (彭青)
Ying Xiong Dao (英雄道) by William So
SYNOPSIS:
When their husbands were killed by the Song army, two pregnant women found safe haven in foreign lands. Li Ping gave birth to Guo Jing, a sturdy but blockheaded young man who roamed the Mongolian prairie with the family of Temujin. Bao Xi Ruo gave birth to Yang Kang, a smart and crafty young man who became the son of Wanyan Hong Lie, a successor of the Jin empire. When a pact between their martial arts masters brought them together and the truth behind their fathers' deaths was revealed, one found martial arts enlightenment and a cause greater than his own while the other descended into darkness and destroyed everything and everyone around him.





Itu jerr...sekian terima kasih