Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)
Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta'rifkannya secara terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita sendiri pun sifat ini akan terlintas di hati bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .
Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t.
anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin.Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah s.a.w.
yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya : Yang bermaksud : Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak .

dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas radhiallahu anhu : Sememangnya sifat ini Allah s.w.t.telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.
Sifat SABAR terbahagi kepada dua bahagian:
1 - Maqamat :
Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut.
Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Walau pun pada peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau menetapkan rezekinya masing-masingTetapi apakah rezeki itu datang secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya.
Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini.Sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.
2 - Ahwal:
Ahwal ini merupakan suatu perasaan yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini
4 - Sabar terhadap hawa nafsu

i ) Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
Untuk melahirkan sifat sabar yang sebenarnya terhadap perkara perkara ketaatan ini hendaklah setiap ketaatan yang kita datangkan itu disertai bersama dengan perasaan ihklas yang lahir di dalam hati kita.Kenapakah syarat ihklas ini diletakkan di peringkat permulaan lagi?Ini kerana untuk melahirkan perasaan ihklas ini bukan suatu perkara yang mudah dan senang.Ianya bukan boleh dibuat -buat begitu sahaja tanpa merasakan sesuatu yang benar-benar ihklas lahir dari lubuk hati kita.Maka inilah yang dinamakan ahwal.Bila mana kita telah mampu mendatangkan sifat ini dengan penuh usaha dari kita maka secara automatiknya kita telah mampu untuk meninggikan maqamat atau kedudukan kita di sisi Allah s.w.t. dalam perkara sabar ini.
Terkadang kita merasakan bahawa untuk melakukan sesuatu perkara taat merupakan suatu perkara yang senang sekali.Kita boleh sahaja menunaikan solat fardhu lima kali setiap hari,kita boleh saja berpuasa wajib di bulan Ramadhan secara keseluruhannya ,begitu juga dengan puasa -puasa sunat dan solat-solat sunat,kita bila-bila masa sahaja boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari kita.
Tetapi apakah selama kita menunaikan ketaatan kita kepada Allah s.w.t.disertai juga dengan sifat ihklas tadi.Alangkah ruginya kita apabila setiap perkara taat yang kita usahakan pagi petang siang dan malam cuma semata-mata kerana makhluk Allah s.w.t sahaja tetapi bukan kerana yang Maha suci.Setiap solat yang kita tunaikan semata-mata ingin dilihat oleh orang lain dan ingin mendapatkan pujian dari mereka.Setiap puasa yang kita usahakan sepanjang hari,kita merasakan bahawa itu merupakan suatu perkara terpaksa bagi kita,bukan dengan kemahuan yang kita inginkan atau ingin menunjuk-nunjuk bahawa kitalah orang yang paling rajin menunaikan puasa sunat setiap minggu,demikian juga bantuan yang kita hulurkan kepada sesiapa sahaja semata-mata ingin mendapatkan imbalan atau balasan dari mereka tanpa kita sedikit pun menyandarkan kepada Allah s.w.t,apatah lagi hendak disertai dengan perasaan ikhlas.
Sekiranya segala sebab-sebab sebegini masih lagi meliputi di tubuh badan dan jiwa kita, setiap amal kebaikan yang kita lakukan sudah sekian banyak terjual dengan sifat sum'ah dan riak kita dan setiap perkara-perkara kebaikan yang sudah sekian lama kita kerjakan sudah terjual semuanya dengan segala sifat mazmumah dari kita maka kita sendiri boleh merasakan bahawa maqam sabar kita terhadap perkara-perkara taat di sisi Allah s.w.t. masih terlalu jauh lagi dari kita.Tetapi bila mana ianya dapat kita kawal dengan rapi ,setiap kebaikan dan ketaatan yang kita usahakan sentiasa dengan tawadhuk dan rendah diri kepada Allah s.w.t.,sentiasa kekal di hati kita untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. maka ketika itu kita di sisi Allah s.w.t.berada di maqam yang tinggi dan layak diberi title sebagai ?????? ????? justeru kerana kedudukan kita telah sampai ke tahap ????? ? ???????